tulisancacingku
Assalamualaikum kpd para pengunjung. Ini adalah serba sedikit mengenai trengkas yang dpt saya kenalkan kepada anda. Harap ianya dapat memberi serba sedikit ilmu kepada anda mengenai tulisan ini. Ada terasa ingin mempelajarinya..???sila hubungi kami dengan meninggalkan massage di blog ini. Terima kasih.
Perkhidmatan tuisyen
1. Kuala Lumpur
2. Klang
3. Shah Alam
4. Ipoh, Perak
5. Sabak Bernam
Tempat pembelajaran adalah bergantung kepada kesesuaian tempat dan berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Bayaran untuk 2 jam pembelajaran adalah RM 50.
*Hanya buku dan alat tulis akan disediakan
Kami akan pastikan anda belajar hingga faham dan mahir
Pengenalan tulisan cacing
Tulisan cacing atau dikenali sebagai trengkas atau shorthand ( perkataan dlm bahasa Inggeris ) adalah tulisan yang sangat ringkas dan mampu mencatat pada kadar 70 patah perkataan seminit. Menarik bukan? Tulisan ini bukan sahaja unik dan pelik, tetapi pembelajarannya sangat mudah. Jika anda mahir, anda mampu mencatitkan keseluruhan apa yang diperkatakan oleh seorang pembaca berita! Namun, ianya adalah sejenis kemahiran. Jadi, para pelajar harus rajin bagi memahirkan kemahiran itu di dalam diri anda.Tidak ramai yang mahir menggunakan tulisan cacing ini, tetapi bagi yang mahir, anda mempunyai bakat dan kemahiran yang tidak semua orang ada. Jadi, kami ingin menawarkan perkhidmatan ini bagi menambahkan lagi kemahiran kepada diri anda yang berminat.